Abu Laits as-Samarqandi melalui karyanya menasihatkan:
Bersedekahlah dengan sesuatu, sedikit atau banyak, kerana sedekah mempunyai sepuluh kebaikan, iaitu lima di dunia dan lima di akhirat.
5 di dunia:
- Membersihkan harta kekayaan.
- Membersihkan badan daripada dosa.
- Menolak bala dan penyakit.
- Menyenangkan hati orang miskin, sedangkan sebaik-baik amalan ialah menyenangkan orang Mukmin (orang beriman).
- Menjadikan berkat dalam harta dan luas rezeki.
5 di akhirat:
- Sedekah menjadi naungan baginya.
- Sedekah akan meringankan hisab perhitungan amalannya.
- Memberatkan timbangan amalan kebaikan.
- Memudahkan menyeberang di atas sirat.
- Bertambah darjat di syurga.