NEW ORLEANS – Sepuluh orang terbunuh dan 30 cedera apabila sebuah kenderaan merempuh orang ramai di Canal dan Bourbon Street yang terkenal di New Orleans pada jam pertama Hari Tahun Baharu, menurut NOLA Ready, agensi kesediaan kecemasan di bandar itu.
Polis New Orleans sebelum ini berkata mereka bertindak balas terhadap insiden mangsa besar-besaran pada Rabu yang termasuk kematian. NOLA Ready menasihatkan orang ramai supaya menjauhi kawasan berkenaan.
Ia berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke lima hospital tempatan.
Insiden itu berlaku menjelang penghujung perayaan Tahun Baharu di New Orleans dan beberapa jam sebelum sepak mula AllState Bowl, suku akhir bola sepak kolej yang diadakan di Caesars Superdome di bandar itu, dengan ribuan dijangka hadir.
AN-AP