18 maut dalam nahas bas di timur Thailand

Foto daripada rakaman video disediakan oleh kumpulan Facebook tempatan ‘Sue Prachinburi’ pada 26 Februari 2025 melalui AFPTV menunjukkan seorang pekerja penyelamat di lokasi nahas bas yang mengorbankan 18 orang di wilayah Prachinburi, timur Bangkok. (AFP)

BANGKOK – Sebuah bas disewa terbalik di timur Thailand awal pagi Rabu, membunuh 18 orang dan mencederakan 31, kata pegawai.

Kemalangan itu berlaku di wilayah Prachinburi semasa perjalanan semalaman dari utara Thailand ke wilayah pantai Rayong untuk lawatan sambil belajar perbandaran.

Jabatan Pengangkutan Darat berkata ia akan berkoordinasi dengan polis dalam menyiasat kemalangan jalan raya terkini dan akan memperhebat pemeriksaan semua kenderaan pengangkutan awam bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan.

Keselamatan jalan raya adalah masalah utama di Thailand, yang menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia menduduki tempat kesembilan daripada 175 negara anggota untuk kematian lalu lintas jalan raya.

Isu itu diketengahkan pada Oktober tahun lalu, selepas 23 pelajar dan guru muda maut dalam kebakaran bas yang mengerikan ketika dalam lawatan turun padang sekolah. Penyelenggaraan dan pemeriksaan yang cuai disyaki menyumbang kepada tragedi itu.

Pada Disember 2023, nahas bas di wilayah barat Prachuap Khiri Khan membunuh 14 orang dan mencederakan lebih 30 yang lain. Kenderaan itu membawa 49 orang apabila ia terbabas dari jalan dan melanggar sebatang pokok. Polis menyiasat kemungkinan pemandunya tertidur.

AN-AP

ad


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

HAERA || KHALSOM Kurung Pahang Shantung Silk with Cute Embroiderys.shopee.com.my/4AlyLM1aJB#haera #Shopee #khalsom #kurung #baju #pahang #silk #shantung #cute #perempuan #wanita #women #raya #idulfitri #eid #Aidilfitri #Syawal #Ramadan

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

s.shopee.com.my/7Kj06qB0M6#bawal #theselamah #tudung #raya #eid #idulfitri #Aidilfitri #wanita #WomenSupportingWomen

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

SCS.MY Iris Hook/Eyelet Mix Langsir Blackout Curtain (170cm-220cm)s.shopee.com.my/3LCrLP6Fmk#Langsir #tirai #curtain #raya #eid #Aidilfitri

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/8zrE5bc2td#lampu #raya #eid #Aidilfitri #idulfitri #lampshades

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

💝READY STOCK💝High heels for women Korean Fashion Girl New versatile French high-heeled sandals chunky sandalss.shopee.com.my/8pXnt6hs5A#women #korean #fashion #girl #new #french #sandals #kasut #wanita #Shopee

See MoreSee Less

View on Facebook