2 rakyat Malaysia cedera kemalangan motosikal-treler di Singapura

SINGAPURA — Dua rakyat Malaysia sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura selepas motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Ekspreswe Seletar (SLE), semalam.

Akibat kejadian pada waktu malam itu, pembonceng motosikal terbabit, Muhammad Hairul Nizam Soyod, 35, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Khoo Teck Puat, manakala rakannya, Hanafi Mis’adi, 23, patah kaki kiri dan menerima rawatan di wad biasa hospital sama.

Kakak Muhammad Hairul Nizam, Khariol Kamariah Soyod, 40, berkata kedua-dua mangsa yang bekerja di kedai nasi ayam di Yishun, sedang dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru sebelum dipercayai gagal mengelak treler yang masuk ke laluan mereka secara tiba-tiba.

Beliau berkata, adiknya kini menjalani pembedahan kali kedua bagi menghentikan pendarahan dalaman akibat kecederaan serius di bahagian pinggul.

“Saya difahamkan adik cedera teruk di bahagian pinggul selepas dilanggar tayar lori. Buat masa ini, saya hanya dimaklumkan bahawa kedua-dua tulang pinggul dia patah dan perlu menjalani pembedahan kali kedua akibat pendarahan yang serius.

“Doktor memaklumkan akan kongsi lebih lanjut selepas selesai pembedahan nanti,” katanya kepada Bernama.

Khariol Kamariah berkata, isteri dan anak lelaki Muhammad Hairul Nizam yang berusia dua tahun masih belum dapat melawat mangsa kerana tiada pasport.

“Kebetulan saya bekerja di tempat sama dengan adik saya… jadi buat masa ini, hanya saya mewakili keluarga untuk menjaga dan melawatnya di sini,” katanya.

Pihak polis ketika dihubungi pula berkata, pemandu treler terbabit ditahan kerana disyaki memandu secara cuai dan mengakibatkan kecederaan parah berikutan kemalangan berkenaan. Polis masih lagi melakukan siasatan.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dalam hebahan berhubung keselamatan lalu lintas di republik ini, menasihati rakyat Malaysia yang menunggang motosikal supaya sentiasa berhati-hati.

Menurut statistik polis, jumlah kematian akibat kemalangan meningkat di Singapura daripada 108 pada 2022 kepada 136 kes tahun lalu, dengan separuh daripadanya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

BH ONLINE – BERNAMA

Cotton Chanella 5.0
bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR