YAOUNDE – Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban pada Khamis selepas sebuah bot karam di wilayah Utara Jauh Cameroon, menurut saksi dan sumber keselamatan.
Bot itu terbalik ketika ia mengangkut penumpang dari pulau Darak di bahagian wilayah Logone-et-Chari, kata saksi kepada Xinhua petang Khamis.
Media tempatan melaporkan lebih banyak korban dijangka, ketika penyelamat mencari lebih banyak mangsa.
Sumber keselamatan berkata, siasatan rasmi telah dibuka bagi menentukan punca kemalangan.
Kemalangan bot adalah perkara biasa di rantau ini yang sering disebabkan oleh muatan berlebihan, operasi yang salah dan cuaca buruk.
XINHUA