31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk beku aset Rosmah lebih AS$346 juta

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 lagi syarikat terhadap Datin Seri Rosmah Mansor bagi menghalang beliau mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih AS$346 juta (RM1.6 bilion).

Ini berkaitan saman difailkan syarikat terbabit terhadap isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu dan seorang lagi individu berhubung pembelian barangan mewah berjumlah lebih AS$346 juta, didakwa diperoleh menerusi penyelewengan dana 1MDB.

Peguam Villasha Anbalagan, yang mewakili semua plaintif iaitu 1MDB dan 10 syarikat terbabit, berkata Hakim Wan Muhammad Amin Wan Yahya menetapkan tarikh itu pada prosiding pengurusan kes menerusi aplikasi Zoom hari ini.

“Permohonan ini akan didengar pada 10.30 pagi 31 Julai melalui aplikasi Zoom di hadapan Hakim Wan Muhammad Amin,” katanya semasa dihubungi.

Sementara itu, peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili Rosmah memaklumkan pada tarikh sama, mahkamah juga akan mendengar permohonan anak guamnya untuk mendapatkan butiran lanjut berhubung dakwaan plaintif dalam pernyataan tuntutan mereka.

Permohonan injunksi Mareva difailkan oleh 1MDB dan lima anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, Global Diversified Investment Company Limited dan SRC International Sdn Bhd selaku plaintif pertama hingga keenam.

Lima lagi syarikat ialah Affinity Equity International Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Commodities (Global) Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited selaku plaintif ketujuh hingga ke-11.

Dalam permohonan itu, semua plaintif menuntut antara lain, injunksi untuk menghalang Rosmah daripada melupuskan aset berjumlah AS$346 juta sama ada dalam bentuk kredit, saham syarikat, hartanah atau lain-lain.

Injunksi Mareva ialah perintah sementara yang menghalang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.

Pada 9 Mei 2024, 1MDB dan 10 syarikat memfailkan saman itu dengan menamakan Rosmah dan seorang wanita bernama Shabnam Naraindas Daswani (juga dikenali sebagai Natasha Mirpuri) sebagai defendan pertama dan kedua.

Mereka menuntut perintah mahkamah untuk Rosmah membayar AS$346,010,489 atau jumlah yang ditaksir oleh mahkamah.

Plaintif juga memohon deklarasi bahawa plaintif pertama hingga keenam mempunyai hak terhadap barangan mewah yang kini didakwa berada dalam simpanan isteri bekas Perdana Menteri itu.

BH ONLINE-BERNAMA

ad


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

HAERA || KHALSOM Kurung Pahang Shantung Silk with Cute Embroiderys.shopee.com.my/4AlyLM1aJB#haera #Shopee #khalsom #kurung #baju #pahang #silk #shantung #cute #perempuan #wanita #women #raya #idulfitri #eid #Aidilfitri #Syawal #Ramadan

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

s.shopee.com.my/7Kj06qB0M6#bawal #theselamah #tudung #raya #eid #idulfitri #Aidilfitri #wanita #WomenSupportingWomen

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

SCS.MY Iris Hook/Eyelet Mix Langsir Blackout Curtain (170cm-220cm)s.shopee.com.my/3LCrLP6Fmk#Langsir #tirai #curtain #raya #eid #Aidilfitri

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/8zrE5bc2td#lampu #raya #eid #Aidilfitri #idulfitri #lampshades

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

💝READY STOCK💝High heels for women Korean Fashion Girl New versatile French high-heeled sandals chunky sandalss.shopee.com.my/8pXnt6hs5A#women #korean #fashion #girl #new #french #sandals #kasut #wanita #Shopee

See MoreSee Less

View on Facebook