5 maut, 33 cedera dalam nahas bas persiaran di Thailand

BANGKOK — Lima maut dan 33 lagi cedera selepas bas persiaran hilang kawalan dan merempuh pokok di selatan Thailand lewat Rabu.

Bas dinaiki 38 orang itu dalam perjalanan pulang dari wilayah selatan Yala apabila kemalangan itu berlaku dekat persimpangan di daerah Chaiya di wilayah Surat Thani, menurut pejabat perhubungan awam tempatan.

Kelima-lima maut di tempat kejadian. Mangsa yang cedera termasuk tiga dalam keadaan serius dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan.

XINHUA