5 tentera maut, beberapa cedera apabila kenderaan tentera jatuh gaung di Kashmir dikuasai India

NEW DELHI — Sekurang-kurangnya lima askar India terbunuh dan beberapa lagi cedera petang Selasa selepas kenderaan membawa mereka terbabas dari jalan pergunungan dekat Garisan Kawalan (LoC) di Kashmir dikawal India, kata pegawai.

Kemalangan itu berlaku di daerah Poonch, kira-kira 185 km barat daya bandar Srinagar, ibu kota musim panas Kashmir dikuasai India.

Susulan kemalangan itu, pasukan kesihatan telah dihantar ke lokasi untuk menjalankan usaha menyelamat.

XINHUA