6 maut dalam kebakaran di selatan India

NEW DELHI – Enam orang maut dan beberapa lagi cedera apabila kebakaran berlaku di dalam unit pembuatan mercun di negeri Tamil Nadu, selatan India pada Sabtu, polis mengesahkan melalui telefon.

Insiden itu berlaku di daerah Virudhunagar di negeri itu. Letupan disyaki berlaku semasa mencampurkan bahan kimia.

Akibat letupan dan kebakaran berikutnya, bangunan unit pembuatan mercun itu runtuh, sekali gus memerangkap beberapa orang di bawahnya.
Menurut laporan terkini, kerja menyelamat sedang dijalankan untuk membawa keluar mereka yang terperangkap di bawah serpihan.

Mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital tempatan. Semua mangsa adalah pekerja unit pembuatan mercun.

XINHUA