JAKARTA — Tujuh orang dilaporkan hilang selepas kebakaran berlaku pada petang Rabu di sebuah pusat beli-belah di bandar Jakarta, Indonesia, kata polis pada Khamis.
Kejadian berlaku di Glodok Plaza sekitar jam 9.20 malam waktu tempatan di kawasan padat penduduk mukim Tamansari. Ramai pengunjung dilaporkan berada di pusat beli-belah ketika kebakaran.
Jabatan bomba di bandar ini telah mengerahkan lebih 40 jentera bomba dan 200 anggota bomba untuk memadam kebakaran di pusat beli-belah itu. Sehingga petang Khamis, bara masih kekal di salah satu bangunan, walaupun usaha pemadaman telah memasuki peringkat penyejukan.
Jurucakap polis bandar itu, Ade Ary Syam Indradi, memberitahu pemberita tempatan bahawa bomba dan anggota polis masih berada di lokasi untuk menyiasat punca utama kebakaran.
XINHUA