7 maut, 1 cedera dalam kemalangan kereta di Chongqing, China

CHONGQING – Seramai tujuh orang maut dan seorang cedera dalam kemalangan jalan raya di barat daya Perbandaran Chongqing, China pada Khamis, kata pihak berkuasa tempatan.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 3.20 petang apabila sebuah kereta, dipandu oleh seorang lelaki bernama Xia, melanggar sebuah semi trak berat di lebuh raya menghubungkan kawasan pusat bandar dengan Daerah Changshou.

Individu yang cedera sedang menerima rawatan di hospital dan tidak dalam keadaan mengancam nyawa.

Punca kemalangan sedang dalam siasatan.

XINHUA


Facebook Posts