MANILA, 19 Julai – Lapan orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam nahas tiga kenderaan di wilayah Isabela di utara Filipina pada Sabtu, kata polis tempatan.
Polis berkata, nahas berlaku sebelum fajar pada Sabtu di lebuh raya di Aurora, membabitkan sebuah trak dan dua van penumpang.
Polis berkata, trak itu merempuh van yang datang selepas ia menceroboh di laluan bertentangan. Lapan maut ialah pemandu dan tujuh penumpang sebuah van. Seorang daripada empat yang cedera dilaporkan koma.
Polis berkata kesilapan manusia menyebabkan kemalangan itu dan siasatan susulan sedang dijalankan.
XINHUA