Suspek wanita simbah asid pengusaha spa ditahan

KOTA BHARU – Seorang wanita yang dipercayai terbabit dalam kejadian kes simbah asid terhadap pengusaha spa di Beris Kubur Besar, Bachok, Sabtu lalu, ditahan polis.

Difahamkan wanita berkenaan ditahan jam 10 malam tadi di Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, kenyataan terperinci berhubung kes berkenaan akan diberikan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Dalam kejadian Sabtu lalu, pengusaha spa, Nor Faziera Muda, 27 terpaksa menjalani pembedahan selama enam jam selepas disimbah asid oleh tiga orang berpakaian purdah.

Suspek dikatakan menyamar sebagai pelanggan ahli perniagaan itu untuk mendapatkan khidmat urut sebelum membuat janji temu dan menempah tiga jam sesi berkenaan di spa dan salun milik mangsa jam 8.30 malam.

Mangsa yang membuka pintu premis dilaporkan disimbah asid yang diletakkan dalam termos sebelum suspek melarikan diri. Kejadian turut disaksikan anak perempuan mangsa berusia tujuh tahun.

Selasa lalu, Mohamad Ismail berkata, polis sudah mengenal pasti tiga suspek, termasuk dua wanita dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sudah menemui petunjuk baharu berhubung kes berkenaan dan percaya semua suspek masih berada di Kelantan.

BH ONLINE

ListonX 3D Cartoons thermos cup Ready stock 30oz (890ML) with free straw water/coffe cup 304 stainless steel
B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel
Stand Fan 16 inch Floor Fan Home Office Shaking Head Vertical Fan 3 Speed Mode 5 blades Kipas
[Shopee Choice] Cordless Vacuum Cleaner With Mop Pad Rechargeable Handheld Car Household Vacuum Cleaner