Angka maut letupan lori tangki Nigeria meningkat kepada 86: penyelamat

LAGOS – Angka kematian akibat letupan lori tangki petrol di Nigeria yang mengorbankan orang ramai yang bergegas mengumpul bahan api itu meningkat kepada 86 orang, kata perkhidmatan kecemasan pada Ahad.

“Jumlah kematian terakhir akibat letupan lori tangki itu ialah 86,” kata Ibrahim Audu Husseini, jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan di negeri Niger.

Trak yang membawa 60,000 liter petrol itu meletup selepas terbalik di atas jalan di tengah negara pada Sabtu, kata pihak berkuasa.

AN-AFP