Bagaikan mati hidup semula, dua anak selamat dari terkena renjatan elektrik

PUTRAJAYA – “Saya bersyukur kepada Allah dan dua anak bagaikan mati hidup semula apabila terselamat selepas terkena renjatan elektrik di kawasan padang Dataran Putrajaya berhampiran Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) Khamis lalu,” kata Siti Nadira Razali.

Nadira ,37 dari Taman Putra Perdana, Puchong berkata dua anaknya, Yahaira Latifah,9 tahun dan Madieena Safiya Mahadzir 3 tahun terkena renjatan elektrik selepas terpegang wayar elektrik ketika berada sebuah kawasan pameran berhampiran padang berkenaan.

Beliau yang juga surirumah berkata, dia dan suami,Mahadzir Rosli,37, datang ke Putrajaya untuk berbuka puasa bersama dua anak dan selepas selesai berbuka mereka masuk ke khemah Jualan Anjung Syawal bersebelahan padang itu untuk membeli barangan keperluan raya.

Menurutnya, mereka keluar dari khemah jualan itu kira-kira jam 12 tengah malam dan datang semula ke padang berkenaan sebelum merancang untuk pulang kerana hari sudah lewat malam.

Katanya, ketika melalui kawasan itu dua anaknya ingin melihat ke kawasan pameran dan secara tiba-tiba anak sulong menjerit ketakutan selepas melihat adiknya dalam keadaan kekejangan selepas terpegang wayar lampu yang dipasang di kawasan itu.

“Kejadian berlaku sekelip mata dan selepas mendengar jeritan, saya dan suami terus bergegas mendapatkan anak dan ketika itu melihat anak bongsu sudah terbaring di atas padang,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular di laman Facebook Nadira memaparkan insiden yang berlaku ke atas dua anaknya di padang Dataran Putrajaya.

Nadira berkata, dalam keadaan panik dia terus mencapai batang kayu dan mengalihkan wayar yang dipegang oleh anak bongsu dan selepas itu anaknya sedar semula.

Bercerita lanjut, dia bersyukur dua anak selamat dan ketika kejadian anak sulong (kakak) juga cuba membantu untuk mengalihkan wayar elektrik berkenaan selepas panik melihat adiknya dalam keadaan kekejangan.

Katanya, dia tidak boleh bayangkan jika anaknya maut akibat kejadian itu lebih-lebih lagi hanya beberapa hari akan menyambut hari raya.

“Selepas kejadian itu, saya dan suami bergegas membawa anak ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan keesokkan harinya membawa kedua anak semula ke hospital selepas mereka mengadu tidak selesa dan timbul kesan kemerahan pada bahagian badan dan tangan,” katanya.

Nadira menambah anak sulong hanya terkena sedikit renjatan manakala anak bongsu mengalami kecederaan di bahagian tangan dan jari namun kini berada dalam keadaan stabil selepas melakukan pembedahan kecil.

Katanya, anak bongsu akan menjalani pembedahan kali ke dua esok dan berkemungkinan akan membuat prosedur mengambil bahagian kulit peha untuk menampal jari yang melecur.

“Kami bercadang membuat laporan polis supaya pihak yang bertanggungjawab mengambil keselamatan di kawasan awam agar kejadian sama tidak berulang dan menimpa orang awam ,” katanya.

BH ONLINE


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook