Beberapa stesen metro Brussels ditutup selepas tembakan

BRUSSELS – Beberapa stesen metro di Brussels ditutup pada Rabu selepas kejadian tembakan di stesen pusat Clemenceau, kata pejabat pendakwa Belgium.

Suspek melarikan diri ke dalam terowong metro selepas tembakan di stesen itu, kata penyiar VRT.

Tiada kecederaan dilaporkan, kata pejabat pendakwa raya.

Polis berkata kejadian itu mungkin berkaitan dadah.

REUTERS