NEWS

  • Jho Low didakwa pindah AS$406,000 kepada Kim Kardashian dan bekas suami, AS$2,025,000 kepada Pharrel

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang didakwa dalang di sebalik penipuan kewangan global, memindahkan AS$406,000 kepada selebriti mega Hollywood, Kim Kardashian dan bekas suaminya, Kris Humphries.

    Perkara itu didedahkan penyiasat penipuan kewangan, Richard Templeman ketika memberikan keterangan dari pejabatnya di United Kingdom (UK) hari ini dalam kes saman AS$6.59 bilion difailkan 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB).

    Saman difailkan syarikat berkenaan terhadap bekas Pengerusinya, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy.

    Melalui prosiding perbicaraan yang dijalankan melalui aplikasi Zoom itu, Templeman melalui pernyataan saksinya, berkata Jho Low turut memindahkan AS$2,025,000 kepada penyanyi dan komposer, Pharrell Williams melalui Talamasca Inc.

    Templeman yang mempunyai pengalaman 24 tahun menyiasat penipuan jenayah kewangan yang kompleks, berkata siasatannya mendedahkan JhoLow memindahkan berjuta-juta dolar, didakwa diterima daripada 1MDB melalui syarikat samaran, Good Star Ltd.

    Menurutnya, Jho Low memperoleh dana itu daripada perjanjian usaha sama di antara 1MDB dengan PetroSaudi Limited, di mana AS$1.03 bilion telah diseleweng dan dipindahkan secara salah kepada Good Star.

    Beliau berkata, pada 25 Oktober 2011, 1MDB memindahkan AS$1.03 bilion ke dalam akaun Good Star untuk manfaat penyagak kewangan itu, melalui beberapa siri transaksi kepada syarikat luar pesisir.

    Dana itu, katanya, antara lain digunakan untuk manfaat peribadi rakan konspirasi, saudara-mara dan sekutu mereka.

    Tambahnya, Good Star juga memindahkan AS$13.5 juta ke akaun Bank Riyad atas nama Putera Faisal Bin Turki Al-Saud dan Putera Saud Bin Abdulaziz Al-Saud (dikenali sebagai akaun Al-Saud).

    Templeman mendakwa, pemindahan itu dibuat dalam dua peringkat, iaitu AS$12 juta pada 10 Jun 2011 dan AS$ 1.5 juta pada 30 Jun 2011.

    Pada 13 Jun 2011, sejurus menerima AS$12 juta dari Akaun Good Star, katanya, AS$10 juta dipindahkan daripada Akaun Al-Saud ke akaun AmBank (AmPrivate Banking-MR) milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    “Saya menyemak penyata bank untuk akaun AmBank Najib dan dapat memadankan kira-kira jumlah masuk dalam Ringgit Malaysia dengan transaksi yang dinyatakan dibayar dalam Dolar AS dengan menggunakan penukaran mata wang,” katanya.

    Pada Mei 2021, 1MDB memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan atas dakwaan mereka melakukan pecah amanah dan konspirasi sehingga menyebabkan syarikat itu kerugian AS$1.83 bilion.

    Kerugian itu berkait pelaburannya dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd yang kemudian ditukar kepada Brazen Sky Limited investment dan dikatakan boleh didapati dalam Dana Bridge Global.

    1MDB juga mendakwa, Arul Kanda dan Mohd Irwan pecah amanah dan konspirasi dengan menyeleweng dana syarikat itu AS$3.5 bilion, yang dibayar kepada Aabar Investments dan AS$1.265 bilion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 9 Mei 2017.

    Mohd Irwan turut didakwa bersekongkol dengan Arul Kanda untuk menyebabkan syarikat itu melaksanakan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan dan membayar jumlah yang besar, iaitu RM2,905,200 kepada Arul Kanda mengikut perjanjian itu.

    Bayaran itu didakwa dibuat tanpa mengira kepentingan 1MDB sehingga menyebabkan ia mengalami kerugian serta kerosakan.

    Justeru, 1MDB antara lain menuntut kedua-dua defendan membayar AS$6.59 bilion bagi pelanggaran itu dan tambahan RM2.9 juta daripada Mohd Irwan berhubung Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan.

    Pada 2022, syarikat itu turut memfailkan saman AS$8 bilion terhadapNajib dan tujuh pihak lain.

    Prosiding dijalankan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.

    BH ONLINE

  • 26 motosikal di parkir kilang hangus

    PASIR GUDANG — Sebanyak 26 motosikal yang diletakkan di kawasan parkir kenderaan di sebuah kilang dekat Jalan Pekeliling di sini terbakar pagi tadi.

    Ketua Polis daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan kejadian jam 9.30 pagi.

    Bagaimanapun katanya kebakaran tidak membabitkan kehilangan nyawa.

    “Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kebakaran membabitkan 26 motosikal milik pekerja kilang terbabit musnah. Kebakaran dapat dipadamkan jam 10.30 pagi.

    “Punca kebakaran masih dalam siasatan dan polis menunggu laporan forensik bomba. Dalam insiden ini, polis masih menjalankan siasatan jika terdapat sebarang unsur perbuatan khianat atau kebakaran tidak sengaja.

    “Anggaran kerugian kebakaran dalam insiden ini lebih kurang RM78,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sementara itu, Komander Operasi dari BBP Pasir Gudang, Anuar Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 10.03 pagi.

    BH ONLINE

  • Remaja 14 tahun meninggal dunia ketika perlawanan bola sepak

    KUALA LUMPUR — Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia ketika sedang beraksi dalam satu perlawanan bola sepak di padang bola di Semenyih, Kajang dekat sini, kelmarin.

    Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusuf, berkata mangsa dikatakan tiba-tiba rebah ketika perlawanan sedang berlangsung dalam separuh masa pertama.

    Katanya, laporan kejadian itu diterima pihak polis pada jam 4.08 petang, kelmarin daripada seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga jurulatih sebuah kelab bola sepak.

    “Hasil siasatan mendapati semasa kejadian, mangsa yang sedang dalam perlawanan bola sepak rebah dengan tiba-tiba sebelum dikejarkan ke sebuah klinik berhampiran.

    “Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada jam 2.04 petang, hari sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Naazron berkata, hasil bedah siasat oleh pakar perubatan mengesahkan mangsa mempunyai masalah komplikasi jantung dan asma.

    “Ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada bersamanya dan soal siasat mendapati mangsa memang biasa bermain bola sepak walaupun menghidap asma sejak kecil namun dikatakan tidak serius.

    “Berikutan insiden ini, semua pihak terutama ibu bapa dinasihatkan agar membawa anak masing-masing untuk pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai apa-apa kejohanan atau menyertai aktiviti sukan.

    “Ini bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku dan memastikan kejadian sebegini tidak berulang,” katanya.

    Kes dilkasifikasikan sebagai kematian mengejut atau SDR.

    BH ONLINE

  • 2 maut tertimbus ketika kerja korek longkang

    SHAH ALAM — Dua lelaki maut tertimbus dalam runtuhan tanah ketika melakukan kerja pengorekan longkang di tapak pembinaan di Seksyen U15, di sini hari ini.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 10.29 pagi.

    Katanya, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bergegas dan mendapati dua mangsa berkenaan warga Bangladesh berusia 30 dan 25 tahun.

    “Mangsa tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit ‘culvert U box’ semasa melakukan kerja pembinaan longkang. Mangsa pertama dikeluarkan jam 11.12 pagi, mangsa kedua pada jam 11.35 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Difahamkan, ketika ini mayat kedua-dua mangsa masih di lokasi kejadian dan akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

    BH ONLINE

  • 2 maut, 5 cedera nahas Alza, Myvi dan Avanza

    MARAN — Dua maut dan lima cedera dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Utama Jengka 3, berhampiran Kilang Sawit Jengka 3, di sini, pagi tadi.

    Kemalangan membabitkan Perodua Alza, Myvi dan Toyota Avanza, dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 7.16 pagi.

    Penolong Pengarah Operasi JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani, memaklumkan terdapat seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan dalam Perodua Alza, manakala seorang lelaki dan tiga wanita dalam Toyota Avanza.

    “Perodua Myvi pula dipandu oleh seorang wanita,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Katanya, mangsa cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan kes kepada polis untuk tindakan lanjut.

    BH ONLINE

  • Wanita didakwa di mahkamah benarkan anak usia 10 tahun memandu kereta

    SEREMBAN — Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Trafik, di sini hari ini, atas pertuduhan membenarkan anak lelakinya yang berusia 10 tahun memandu sebuah kereta awal bulan lalu.

    Pekerja pembersihan berusia 45 tahun itu didakwa sebagai pemilik sebuah Toyota Corolla, telah membenarkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun memandu kenderaan berkenaan.

    Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 9 malam di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian, di sini, 3 September lalu.

    Wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

    Dia yang tidak diwakili peguam dan dihadapkan di hadapan Majistret Marlissa Mohd Fahmy mengaku bersalah, namun merayu denda rendah kerana berpendapatan RM1,500 sebulan dan menanggung tiga anak masih bersekolah serta suami yang sakit.

    Timbalan Pendakwa Raya M Pusppa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan.

    Tambahnya, perbuatan itu bukan hanya membahayakan diri kanak-kanak terbabit yang ketika kejadian, turut membawa seorang lagi kanak-kanak berusia sembilan tahun, selain merisikokan keselamatan orang awam.

    Mahkamah kemudian mengenakan hukuman denda RM700 atau penjara tujuh hari jika gagal bayar. Tertuduh membayar denda yang ditetapkan.

    BH ONLINE

  • Peniaga air balang dituduh cabul anak angkat

    KOTA BHARU — Seorang penjual air balang didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak angkat perempuan di Ketereh, Oktober tahun lalu.

    Lelaki berusia 45 tahun itu menghadapi tiga pertuduhan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah, melakukan jenayah berkenaan terhadap mangsa berusia 12 tahun 10 bulan ketika kejadian.

    Tertuduh didakwa berbuat demikian ketika dia dan mangsa menaiki motosikal di sebuah kampung dan di sebuah rumah di Ketereh.

    Dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

    Tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Firdaus Zainal Abidin bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

    Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli yang memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan kerana dikhuatiri tertuduh menganggu mangsa.

    Mohd Firdaus pula memohon jaminan dibenarkan atas alasan anak guamnya perlu menanggung isteri dan tiga anak dengan pendapatan bulanan RM2,500 sebagai peniaga air balang.

    Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin, namun melarang lelaki berkenaan menganggu mangsa dan saksi, selain melapor diri di Balai Polis Kok Lanas setiap bulan serta 7 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

    BH ONLINE

  • Tanam bayi di parkir berlantai simen: Polis akan minta bantuan INTERPOL

    IPOH — Polis Perak akan menggunakan saluran diplomatik termasuk Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi menjejaki dan menahan suspek warga Indonesia berhubung kes penemuan mayat bayi yang ditemui ditanam di parkir berlantai simen sebuah rumah di Taman Sri Rokam, di sini, pada 28 Ogos lalu.

    Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, ketika ini usaha mengesan suspek iaitu seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan, dan polis juga ketika ini tidak pasti mengenai keberadaan wanita itu sama ada masih di Malaysia atau sudah pulang ke negara asalnya.

    “(Suspek) belum lagi dikenal pasti. Kita tengah jejaki suspek dan siasatan masih lagi diteruskan.

    “Kita akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Imigresen (Jabatan Imigresen Malaysia) selain menggunakan semua (kekuatan) risikan kita.

    “Mungkin kalau kalau kita kenal pasti subjek itu sudah balik (ke negara asal), maka kita akan menggunakan saluran diplomatik melalui INTERPOL,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak bulan September 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

    Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian bayi itu tidak dapat dipastikan berikutan keadaan pereputan mayat (uncertained due to decomposition).

    Abang Zainal Abidin berkata, pihaknya juga tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu meninggal dunia selepas dilahirkan atau sebaliknya.

    Beliau berkata, tidak terdapat sebarang kecederaan ditemui pada mayat bayi perempuan itu dengan ia dipercayai berumur tujuh bulan ketika dilahirkan.

    Terdahulu, media melaporkan polis sedang mengesan seorang wanita warga Indonesia yang pernah menyewa di rumah tempat penemuan mayat bayi di bawah lantai simen itu.

    Berdasarkan penerangan pemilik rumah berkenaan, rumah itu disewakan sejak tiga tahun lepas kepada seorang wanita warga Indonesia dengan bayaran RM400 sebulan namun wanita itu telah melarikan diri sejak sebulan lalu.

    BH ONLINE

  • Vietnam’s death toll from Typhoon Yagi rises to 24, govt says

    A general view of a factory belonging to LG Electronics collapsed following the impact of Typhoon Yagi, in Trang Due Industrial Zone, Hai Phong city, Vietnam, September 9, 2024. REUTERS

    HANOI — Typhoon Yagi and the landslides and floods it triggered have killed at least 24 people and injured another 299 in northern Vietnam on the weekend, the government said, as authorities on Monday warned of more flooding.

    The typhoon was Asia’s most powerful storm this year and made landfall on the country’s northeastern coast on Saturday. It has disrupted power supplies and telecommunications in several parts of the country, mostly in Quang Ninh and Haiphong, the government said in a statement issued late on Sunday.

    The weather agency on Monday warned of more floods and landslides, noting that rainfall ranged between 208 millimetres and 433 millimetres (8.2 inches to 17.1 inches) in several parts of the region over the past 24 hours.

    “Floods and landslides are damaging the environment and threatening people’s lives,” the National Centre for Hydro-Meteorological Forecasting said in a report.

    In a separate bulletin, the centre said flood risks are particularly high in Lang Son, Cao Bang, Yen Bai and Thai Ngyen provinces.

    REUTERS

  • Landslide in Lao Cai buries four houses, seven missing

    The site of the landslide in Bát Xát District in the northern Lào Cai Province. — VNA/VNS Photo

    LÀO CAI (Vietnam) — Seven people have been reported missing after a landslide in the northern mountainous province of Lào Cai Province four houses, authorities from Bát Xát District reported early Monday morning.

    The disaster occurred at around 4am Monday, affecting four households and a total of 19 people.

    More than 200 people have been mobilised for rescue efforts, which are being hindered due to continuing heavy downpours in the region due to the remnants of Typhoon Yagi.

    Local authorities also said that the head of Trung Hồ Village, whose initials are given as L.A.G., has also been reported missing. He was helping villagers evacuate from erosion-prone sites.

    Meanwhile Phùng Láo Lở, a local from Nậm Chạc Commune, was injured after being carried away by strong currents and is being treated at the local health station.

    Just yesterday, also in Lào Cai, following the downpour caused by Typhoon Yagi, a sudden landslide in the popular tourist destination Sa Pa town has buried four houses, killing 6 people. — VNS