Dua anjing K9 akan bantu pencarian Hud

TANAH MERAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang dikhuatiri hilang di Kampung Aira Kuala Tiga, di sini akan membabitkan dua anjing pengesan dari Unit K9.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman berkata, dua anjing pengesan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu dijangka tiba ke lokasi jam 3 petang ini.

“Dua anjing itu sudah biasa digunakan untuk mengesan orang hilang dan diharapkan khidmat K9 itu nanti dapat memberi petunjuk.

“Setakat ini, pencarian membabitkan radius dua kilometer (km) dari rumah keluarga mangsa namun tiada sebarang petunjuk diperoleh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Zulkifli berkata, misi pencarian setakat membabitkan kawasan sekitat rumah termasuk sekitar hutan namun lebih terarah kepada parit di hadapan rumah nenek mangsa.

Beliau berkata, ia adalah berikutan ibu kanak-kanak terbabit sering membawanya ke parit berkenaan untuk bermain air namun tidak menolak kemungkinan mangsa memasuki kawasan hutan sekitar.

“Seramai 20 pegawai dan anggota BBP Tanah Merah terbabit dalam operasi ini dengan dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Cuaca di lokasi yang sesekali hujan agak memberi cabaran untuk misi pencarian namun operasi tetap berjalan dengan baik,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan seorang kanak-kanak lelaki, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi hilang apabila disedari tiada dalam rumah kira-kira jam 7.20 malam tadi oleh ahli keluarga.

Menurut ibu saudaranya, Azean Irdawati Ramley, 44, sebelum kejadian, Hud berada dalam rumah dan diberi makan oleh ibunya sebelum wanita itu masuk ke dapur sebaik selesai menyuap nasi kepada anak tunggalnya itu.

Kebetulan juga seorang saudara datang ke rumah dan ketika berbual, dia bertanyakan di mana Hud, selepas itu barulah ahli keluarga menyedari kanak-kanak itu hilang.

BH ONLINE

ad


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

HAERA || KHALSOM Kurung Pahang Shantung Silk with Cute Embroiderys.shopee.com.my/4AlyLM1aJB#haera #Shopee #khalsom #kurung #baju #pahang #silk #shantung #cute #perempuan #wanita #women #raya #idulfitri #eid #Aidilfitri #Syawal #Ramadan

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

s.shopee.com.my/7Kj06qB0M6#bawal #theselamah #tudung #raya #eid #idulfitri #Aidilfitri #wanita #WomenSupportingWomen

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

SCS.MY Iris Hook/Eyelet Mix Langsir Blackout Curtain (170cm-220cm)s.shopee.com.my/3LCrLP6Fmk#Langsir #tirai #curtain #raya #eid #Aidilfitri

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/8zrE5bc2td#lampu #raya #eid #Aidilfitri #idulfitri #lampshades

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

💝READY STOCK💝High heels for women Korean Fashion Girl New versatile French high-heeled sandals chunky sandalss.shopee.com.my/8pXnt6hs5A#women #korean #fashion #girl #new #french #sandals #kasut #wanita #Shopee

See MoreSee Less

View on Facebook