Dua pelajar POLISAS maut nahas

KUANTAN — Dua pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) di sini, maut selepas motosikal ditunggangi terbabit dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa dikenali sebagai Muhamad Nor Iman Mahadi, 20, berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan Muhammad Adib Suhail Jaeh, 20, dari Pulai, Johor.

Katanya, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

“Berdasarkan laporan, nahas berlaku jam 12.20 tengah malam tadi membabitkan motosikal ditunggang dua mangsa.

“Siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal dari arah bandar Kuantan menghala Taman Dato Rashid.

“Penunggang dipercayai gagal mengawal motosikal ketika berada di laluan lurus lalu terbabas di jalan.

“Kemalangan menyebabkan kedua-dua pelajar maut di tempat kejadian.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0
bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR