Dua penunggang maut, seorang dirempuh ketika terbaring atas jalan

MUAR — Dua penunggang motosikal maut dengan seorang daripada mereka dirempuh kenderaan lain ketika terbaring atas jalan dalam dua kejadian berasingan di Lebuhraya Utara Selatan, di sini, semalam.

Kejadian pertama membabitkan penunggang motosikal berusia 20 tahun yang maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan tiga kenderaan di Kilometer 139.5, arah utara.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari Johor Bahru ke ibu kota.

Di tempat kejadian, motosikal ditunggangnya merempuh lori yang berhenti di bahu lebuh raya kerana rosak.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terpelanting ke tengah jalan tapi malangnya, datang sebuah motosikal dari arah belakang lalu merempuhnya.

“Rempuhan itu mengakibatkan mangsa parah dan meninggal dunia di lokasi manakala seorang lagi penunggang dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam satu lagi kemalangan pada jam 8 malam tadi di Kilometer 129.7 lebuh raya sama, Raiz Mukhliz berkata, lelaki berusia 22 tahun maut selepas motosikalnya terbabas dan memasuki longkang.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan cedera parah serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric