Dua wanita jadi keldai akaun ditahan kes kerugian lebih RM1 juta

BALIK PULAU – Polis menahan dua wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan, sehingga menyebakan mangsa kerugian lebih RM1 juta dalam kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata dua wanita itu ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Barat Daya secara berasingan di Perak semalam, hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan.

“Suspek pertama iaitu seorang wanita berusia 55 tahun dan ditahan di Kamunting, selepas disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan jualan kereta yang tidak wujud di laman sosial Facebook.

“Berdasarkan siasatan, mangsa telah membuat pembayaran muka berjumlah RM16,164.30 ke empat akaun bank berbeza termasuk milik wanita itu, sebelum menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sazalee berkata suspek kedua pula berusia 53 tahun, ditahan di Tronoh kerana menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai polis dan wakil sebuah laman e-dagang.

Beliau berkata dalam kes itu, mangsa telah mengalami kerugian sebanyak RM1,004,911 selepas dipaksa memindahkan wang miliknya ke akaun kononnya ‘juru audit’, namun ia sebenarnya palsu.

Menurutnya, dua wanita itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

BH ONLINE – BERNAMA

ad


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

HAERA || KHALSOM Kurung Pahang Shantung Silk with Cute Embroiderys.shopee.com.my/4AlyLM1aJB#haera #Shopee #khalsom #kurung #baju #pahang #silk #shantung #cute #perempuan #wanita #women #raya #idulfitri #eid #Aidilfitri #Syawal #Ramadan

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

s.shopee.com.my/7Kj06qB0M6#bawal #theselamah #tudung #raya #eid #idulfitri #Aidilfitri #wanita #WomenSupportingWomen

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

SCS.MY Iris Hook/Eyelet Mix Langsir Blackout Curtain (170cm-220cm)s.shopee.com.my/3LCrLP6Fmk#Langsir #tirai #curtain #raya #eid #Aidilfitri

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/8zrE5bc2td#lampu #raya #eid #Aidilfitri #idulfitri #lampshades

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

💝READY STOCK💝High heels for women Korean Fashion Girl New versatile French high-heeled sandals chunky sandalss.shopee.com.my/8pXnt6hs5A#women #korean #fashion #girl #new #french #sandals #kasut #wanita #Shopee

See MoreSee Less

View on Facebook