LIMA, Peru – Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud yang melanda pantai tengah Peru pada Ahad, menggegarkan Lima dan bandar pelabuhan Callao, menyebabkan seorang maut dan lima cedera, kata pihak berkuasa.
Gempa bumi berlaku pada 11:35 pagi waktu tempatan di Lautan Pasifik, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Pusat gempa terletak 23 kilometer (14 batu) barat daya Callao, barat ibu kota Lima.
Seorang lelaki berusia 36 tahun meninggal dunia di utara Lima ketika “berdiri di luar kenderaannya menunggu penumpang” apabila dinding dari tingkat empat bangunan dalam pembinaan tertanggal dan jatuh di atas kepalanya, Kol Polis Ramiro Clauco memberitahu radio RPP.
Lima orang yang cedera sedang dirawat di hospital, kata Pusat Gerakan Kecemasan. Agensi itu juga melaporkan kerosakan jalan dan pusat pendidikan.
AP