Godam MAHB: Serangan siber sasar sistem komputer KLIA, operasi tak terjejas

KUALA LUMPUR – Serangan siber terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyasarkan sistem komputer tertentu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), namun operasi lapangan terbang tidak terjejas.

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan MAHB dalam kenyataan bersama berkata serangan itu dikesan pada 23 Mac, yang membawa kepada siasatan segera.

Ketua Pegawai Eksekutif NACSA, Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin, berkata agensi itu telah memantau situasi dengan teliti sejak menerima laporan daripada MAHB.

“Pihak berkuasa berkaitan, termasuk Nacsa dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), segera dimaklumkan selepas kejadian itu.

“Kami memahami bahawa operasi di KLIA tidak terjejas, dan kami akan terus memantau keadaan serta memberikan sokongan kepada Malaysia Airports,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Mohd Izani Ghani, berkata memastikan kelancaran operasi lapangan terbang kekal menjadi keutamaan syarikat.

“Kami bekerjasama dengan rakan strategik di lapangan terbang bagi memastikan operasi penerbangan dan pemprosesan penumpang berjalan seperti biasa,” katanya.

Izani turut menegaskan bahawa keselamatan, perlindungan, dan integriti sistem lapangan terbang adalah keutamaan tertinggi syarikat.

“Pasukan teknikal dan operasi sedang giat memantau situasi serta melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan bagi melindungi infrastruktur dan memastikan pengalaman penumpang tidak terganggu,” tambahnya.

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan bahawa penggodam MAHB telah menuntut wang AS$10 juta.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku satu atau dua hari lalu, namun kerajaan menolak untuk memenuhi tuntutan tersebut.

BH ONLINE


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook