Helikopter terbabit kemalangan Bentong disewa, dikendalikan MHS Aviation Berhad – CAAM

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kemalangan membabitkan sebuah helikopter Bell 206L4 dengan nombor pendaftaran PK-ZUV di tapak pendaratan helikopter berhampiran Bentong, Pahang, hari ini.

CAAM melalui kenyataan berkata, kejadian berlaku jam 10.26 pagi membabitkan helikopter yang disewa dan dikendalikan oleh MHS Aviation Berhad.

Ketika kejadian, katanya helikopter terbabit sedang menjalankan penerbangan kerja keudaraan.

“Informasi terakhir yang diterima daripada pihak operator pada jam 10.18 pagi kepada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS) di Pusat Kawalan Trak Udara Kuala Lumpur (KLATCC) melaporkan bahawa helikopter akan mendarat di tapak pendaratan.

“Kemalangan dilaporkan melibatkan seorang kru darat, manakala seorang juruterbang helikopter berkenaan dilaporkan selamat.

“Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.

Terdahulu, BH melaporkan sebuah helikopter pengangkut jenis Bell 206L-4 Long Ranger terbakar ketika mendarat di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong di Pahang dengan seorang disahkan maut, manakala seorang lagi terselamat.

Kejadian berlaku berdekatan kawasan kolam air panas ketika helikopter terbabit digunakan untuk kerja mengangkat bagi tujuan pemasangan kabel, dengan kebakaran menyebabkan pesawat musnah sepenuhnya.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan menerima laporan mengenai sebuah helikopter terhempas ketika mendarat untuk mengisi minyak berdekatan tapak projek miliknya di kawasan Bentong.

TNB melalui kenyataan berkata pihaknya mengarahkan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang turut terbabit dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek berkenaan.

BH ONLINE

ad


Facebook Posts

4 days ago

Sayidina

HAERA || KHALSOM Kurung Pahang Shantung Silk with Cute Embroiderys.shopee.com.my/4AlyLM1aJB#haera #Shopee #khalsom #kurung #baju #pahang #silk #shantung #cute #perempuan #wanita #women #raya #idulfitri #eid #Aidilfitri #Syawal #Ramadan

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

s.shopee.com.my/7Kj06qB0M6#bawal #theselamah #tudung #raya #eid #idulfitri #Aidilfitri #wanita #WomenSupportingWomen

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

SCS.MY Iris Hook/Eyelet Mix Langsir Blackout Curtain (170cm-220cm)s.shopee.com.my/3LCrLP6Fmk#Langsir #tirai #curtain #raya #eid #Aidilfitri

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/8zrE5bc2td#lampu #raya #eid #Aidilfitri #idulfitri #lampshades

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

💝READY STOCK💝High heels for women Korean Fashion Girl New versatile French high-heeled sandals chunky sandalss.shopee.com.my/8pXnt6hs5A#women #korean #fashion #girl #new #french #sandals #kasut #wanita #Shopee

See MoreSee Less

View on Facebook