Ibu saksikan teman lelaki rogol anaknya

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan yang sedang tidur di katil ibunya telah dicabul dan dirogol oleh kekasih ibunya, sambil diperhatikan wanita itu.

Ibunya didakwa berada di dalam bilik yang sama dan menyaksikan kejadian itu berlaku di rumah mereka di sini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, berkata kes berlaku pada pertengahan tahun lalu kira-kira jam 4 petang ketika mangsa berusia 14 tahun sedang tidur di bilik tidur ibunya.

“Mangsa terjaga apabila terasa seseorang menyentuhnya dan sebaik membuka matanya ternampak ibunya, 36 serta teman lelakinya berusia 61 tahun di sebelahnya.

“Suspek lelaki kemudian bertindak merogol mangsa, disaksikan ibunya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah beliau, pada 25 Jun lalu, mangsa turut melihat mesej antara ibunya dan lelaki itu merancang lebih banyak aktiviti seksual dan suspek menyatakan hasratnya untuk melakukan hubungan seks dengan mangsa di sebuah hotel.

Katanya, mangsa yang ketakutan melarikan diri ke rumah rakannya sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah untuk tindakan lanjut.

“Susulan itu, polis menahan ibu mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan teman lelakinya yang bekerja sendiri, semalam.

“Mereka direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang sepuluh tahun dan tidak lebih tiga puluh tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric