Imigresen KL serbu pusat hiburan tanpa lesen, tahan 11 warga Korea Selatan

KUALA LUMPUR — Lima wanita antara 11 warga Korea Selatan ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam serbuan Op Gegar di sebuah pusat hiburan tanpa lesen, di sini, awal pagi tadi.

Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun, dengan seorang daripada wanita terbabit dipercayai pengurus premis berkenaan.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff, berkata pusat hiburan itu dipercayai eksklusif untuk warga Korea dan berselindung di sebalik perniagaan restoran.

“Premis ini menawarkan perkhidmatan karaoke dalam bahasa Korea dan pelanggan juga boleh membuat tempahan awal melalui telefon,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Premis berkenaan turut dipercayai menawarkan khidmat pelayan wanita (GRO) dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.

Wan Mohamed Saupee berkata, serbuan sekitar 1 pagi tadi dibuat selepas risikan dua minggu dan pihaknya terpaksa memecahkan pintu masuk premis selepas pengurusan pusat hiburan itu enggan memberi kerjasama membuka pintu.

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 39(b), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 6(1c) Akta Imigresen 1959/63 dan semua yang ditahan dibawa ke Depoh Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.

BH ONLINE-BERNAMA

Cotton Chanella 5.0
bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR