Jatuh ke sungai dirempuh kereta dipandu warga asing, pejalan kaki dikhuatiri lemas

KUALA LUMPUR – Seorang pejalan kaki dikhuatiri lemas apabila terjatuh ke dalam sungai akibat dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Ipoh menghala ke Bulatan Kepong di sini, hari ini.

Nahas sekitar jam 11.45 pagi berlaku apabila kereta jenis Nissan Sylphy itu yang dipandu seorang lelaki warga Bangladesh berusia 39 tahun dari arah Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, dipercayai hilang kawalan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata insiden itu membabitkan dua kereta dan seorang pejalan kaki.

“Hasil siasatan awal mendapati Nissan Sylphy itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian hadapan kanan sebuah Toyota Camry yang dipandu seorang wanita warga Vietnam berusia 43 tahun dari arah Batu Kentomen, dekat sini.

“Nissan Sylphy itu kemudian merempuh seorang pejalan kaki lalu terjunam ke bawah jambatan dan tersangkut di celahan konkrit serta saluran paip besi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, insiden itu menyebabkan pemandu Nissan Sylphy terbabit mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, Mohd Zamzuri berkata, mangsa pejalan kaki yang identitinya belum dikenal pasti pula dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan masih belum ditemui.

Susulan itu, katanya, operasi mencari serta menyelamat (SAR) dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Jinjang serta Hang Tuah bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta JSPT Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kereta dipandu lelaki warga asing itu bukan miliknya.

“Polis sedang mengesan pemilik sebenar kenderaan terbabit untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Lelaki warga Bangladesh itu ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric