Kenapa hanya dedahkan rekod kesalahan lampau selepas nahas?

KUALA LUMPUR – Tindakan pihak berkuasa yang hanya mendedahkan rekod kesalahan lampau pemandu kenderaan komersial selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya menimbulkan persoalan.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, mempersoalkan berapa ramai lagi pemandu pengangkutan awam yang ada rekod kesalahan lalu lintas yang masih beroperasi di jalan raya ketika ini.

Katanya pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan awal dengan tidak membenarkan pemandu terbabit beroperasi bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Beliau berkata, rekod kesalahan lampau dan terkini seharusnya menjadi antara syarat utama dalam membenarkan pengoperasian pengangkutan awam.

Katanya, ini mempamerkan pihak berkuasa memiliki maklumat berkaitan rekod kesalahan lampau berkaitan pemandu dan pemilik bas, namun malangnya ia hanya dilaporkan selepas kemalangan berlaku.

“Apa pihak penguasa buat dengan rekod kesalahan lampau dan terkini? Simpan dalam sistem? Perap dalam fail rekod? Tiada yang gunakan, peduli, kisah, periksa, ambil tindakan atau ingin tahu?

“Peliknya selepas sahaja kemalangan, sepantas kilat semua rekod kesalahan lampau dan terkini dikeluarkan. Kalau diketahui awal, besar kemungkinan bas dan pemandunya tidak dibenarkan beroperasi.

“Bukan hendak melawan takdir. Namun, semua penumpang mana-mana pengangkutan awam pasti tidak akan menaiki bas berkenaan jika ini dimaklumkan kepada mereka sebelum bertolak.

“Ada yang sanggup menaiki bas jika pemandunya ada 13 rekod kesalahan? Yang bas berkenaan batal pendaftarannya? Yang tidak menepati lesen yang dikeluarkan?” katanya semalam.

Beliau mengulas nahas yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), manakala tujuh lagi parah apabila bas dinaiki mereka terbalik di Kilometer (KM) 53 Lebuh Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.

Berikutan kemalangan itu, pihak berkuasa mengesahkan pemandu bas terbabit memiliki 18 saman lalu lintas, iaitu 13 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu laju, satu kesalahan kemalangan, tiga kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan satu kesalahan tiada lampu brek ketiga.

Kelmarin, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kabinet mengarahkan pembangunan pangkalan data khas bagi merekodkan semua pemandu bas sebagai langkah menangani isu kecuaian dan ketidakpatuhan dalam industri pengangkutan awam susulan tragedi itu.

Noor Azlan berkata, berapa ramai lagi pemandu dan pemilik bas pengangkutan awam dan kenderaan berat memiliki rekod kesalahan sedemikian.

“Di mana pemandu banyak rekod kesalahan dan kenderaan tidak memenuhi syarat ini sekarang? Sedang membawa penumpang atas lebuh raya? Sedang bawa lori yang sarat? Sedang memandu laju? Hampir menyebabkan satu lagi kemalangan?

“Tunggu apa lagi? Satu lagi kemalangan mengorbankan nyawa yang ramai selepas ini? Kemudian tampil sekali lagi melaporkan kesalahan lampau dan terkini?” katanya.

Mengulas lanjut, bekas Naib Canselor UKM itu menggesa, pasukan penyiasatan ditubuhkan segera bagi menilai kesalahan dalam kalangan penguat kuasa, selain mencari kelompongan yang perlu diperbaiki.

“Siasat dan semak di mana salah agensi anda? Di mana perlu diperketatkan? Bahagian mana bertanggungjawab? Keberkesanan agensi berkaitan berkait rapat dengan kemalangan berlaku.

“Kita terima takdir. Namun, boleh usaha sebaik mungkin mengurangkan risiko kemalangan. Dalam mengumumkan rekod kesalahan lampau dan terkini pemandu dan pemilik bas, jangan lupa untuk menyemak kesalahan dan keberkesanan agensi masing-masing,” katanya.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric