KYIV — Letupan kedengaran awal Ahad di Kyiv, lapor saksi Reuters dan media tempatan di ibu negara Ukraine.
Letupan itu berbunyi seperti unit pertahanan udara dalam operasi, lapor saksi Reuters.
Tiada komen rasmi segera daripada tentera Ukraine.
Kyiv dan wilayah sekitarnya serta sebahagian besar timur laut Ukraine berada di bawah amaran serangan udara, bermula sekitar 0100 GMT.
Sementara itu, sistem pertahanan udara Rusia memusnahkan 34 dron Ukraine semalaman, termasuk 27 di wilayah Kursk yang bersempadan dengan Ukraine, kata kementerian pertahanan Rusia dalam catatan di aplikasi pemesejan Telegram pada Ahad.
Kementerian itu, dalam catatannya, tidak menyebut kenyataan awal gabenor Kursk bahawa unit pertahanan udara telah memusnahkan dua “peluru berpandu Ukraine” semalaman di wilayah itu.
AN-REUTERS