Lima kanak-kanak maut dalam kebakaran rumah di Izmir Turkiye

ISTANBUL — Lima beradik maut dalam kebakaran di rumah mereka di bandar pelabuhan barat Türkiye, Izmir, lapor media tempatan pada Selasa.

Kejadian berlaku lewat petang Isnin di daerah Selcuk selepas ibunya mengunci pintu sebelum keluar untuk mengumpul besi buruk bagi menyara keluarga, menurut penyiar NTV.

Kebakaran berpunca daripada dapur elektrik yang terbalik, kata laporan itu sambil menambah mayat lima beradik itu berusia antara 1 dan 5 tahun ditemui dalam bilik yang sama.

Gabenor daerah dan pendakwa raya sedang menyiasat kejadian itu, kata Datuk Bandar Selcuk Filiz Ceritoglu dalam akaun media sosialnya di X.

XINHUA