Mahkamah benar permohonan Na’imah gantung sementara perintah beku aset di London

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Toh Puan Na’imah Abdul Khalid untuk menggantung sementara perintah pembekuan aset milik beliau dan keluarganya yang bernilai GBP132 juta di London oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Aset terbabit ialah dua bangunan komersial di St Mary Axe dan One Crown Court, tiga kediaman mewah di Bryanston Square, Bryanston Mews dan Lancaster Gate serta dua unit di Gloucester Place dan satu akaun bank CAF Bank Limited (UK) yang didakwa milik The Ilham Foundation.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin itu yang diwakili peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.

Mahkamah menetapkan 9 Julai ini bagi mendengar permohonan Na’imah untuk menjadi pencelah dalam permohonan pembekuan aset terbabit.

Pada 3 Jun lalu, mahkamah berkenaan membenarkan permohonan SPRM secara ex parte untuk membekukan aset terbabit mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Di Mahkamah Tinggi berasingan, Hakim K. Muniandy menetapkan 1 Ogos bagi mendengar permohonan Na’imah untuk menjadi mencelah terhadap permohonan SPRM bagi membekukan 12 akaun pelaburan di Singapura yang didakwa milik beliau, keluarga dan sekutunya bernilai lebih RM544 juta.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Mohd Afzal memohon mahkamah membenarkan permohonan SPRM secara ex parte bagi mendapatkan perintah untuk membekukan harta terbabit (12 akaun pelaburan) selepas agensi antirasuah itu mendapati ia tidak pernah diisytiharkan.

“Jumlah harta alih itu melebihi RM544 juta iaitu daripada pelaburan dalam USD dan paun sterling. Oleh itu, kami mohon permohonan ini didengar dan harta ini perlu disekat untuk elak risiko dilupuskan,” katanya.

Pada 22 Mei lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata lapan kertas siasatan telah dibuka berdasarkan maklumat baharu yang diterima daripada agensi luar berkaitan harta pemilikan Daim serta keluarga dan proksi.

Azam berkata maklumat terbaharu menunjukkan pemilikan aset Daim, keluarga dan sekutunya tidak diisytiharkan kepada SPRM semasa siasatan pada 2023.

BH ONLINE – BERNAMA

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric