Manchester United akan bermain perlawanan persahabatan di Malaysia, Hong Kong pada Mei

HONG KONG – Manchester United akan bermain perlawanan persahabatan di Malaysia dan Hong Kong tiga hari selepas tamat musim Liga Perdana, kata kelab itu pada Selasa.

Pasukan Ruben Amorim akan menentang pasukan ASEAN All-Star XI di Kuala Lumpur pada 28 Mei dan wakil Hong Kong pada 30 Mei.

Mereka akan menamatkan kempen Liga Perdana yang mengecewakan pada 25 Mei di laman sendiri menentang Aston Villa.

Kali terakhir United melawat Asia apabila menentang Liverpool di Thailand pada Julai 2022.

Mereka akan mengambil bahagian dalam Siri Musim Panas Liga Perdana di Amerika Syarikat menjelang musim 2025-2026.

Ketua eksekutif Omar Berrada berkata: “Yang penting, perlawanan jelajah memacu pendapatan tambahan yang besar yang membantu menjadikan kelab lebih kuat, membolehkan kami terus melabur dalam kejayaan di atas padang.”

Arsenal, Tottenham dan Liverpool sebelum ini mengumumkan akan melawat Hong Kong pada Julai.

United, yang kini berada di tangga ke-13 Liga Perdana, kali terakhir melawat bandar China itu pada 2013.

Pasukan Hong Kong diuruskan oleh bekas pemain pasukan remaja United, Ashley Westwood dan berada di kedudukan ke-153 dunia.

AN-AFP, 8.4.2025


Facebook Posts