Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 64,937

KOTA BHARU — Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 64,937 sehingga jam 3 petang tadi.

Semua mangsa membabitkan 20,207 keluarga itu dipindahkan ke 237 pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merekodkan mangsa paling ramai iaitu 22,225 orang.

Dua lagi daerah merekodkan mangsa yang ramai adalah Tumpat membabitkan 10,375 dan Kota Bharu sebanyak 8,023.

Sementara itu, tujuh sungai di Kelantan masih melepasi paras bahaya sehingga petang ini.

Sungai berkenaan adalah Sungai Melor di Jambatan Melor, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Semerak di Pasir Putteh.

Selain itu, Sungai Kelantan di Kusial, Sungai Golok di Kuala Jambu dan Sungai Kelantan di Kusial Baru.

BH ONLINE