Mualaf gagal rayuan untuk kembali gunakan nama kelahiran dalam kad pengenalan

PUTRAJAYA – Seorang lelaki mualaf berusia 50 tahun gagal dalam rayuannya untuk mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), menukar semula namanya dalam kad pengenalan kepada nama asal sebelum beliau memeluk agama Islam.

Mahkamah Rayuan dalam keputusan sebulat suara panel tiga hakim iaitu Hakim Datuk Supang Lian, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Dr Alwi Abdul Wahab, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang menolak permohonan semakan kehakiman lelaki tersebut.

Hakim Sequerah dalam penghakimannya berkata Peraturan 14(2A) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 tidak mempunyai peruntukan untuk menukar semula nama kepada nama asal, setelah seseorang itu sah menggunakan nama baharu.

“Penukaran nama dilakukan kerana pemohon telah secara mutlak meninggalkan penggunaan nama asal dan menggunakan nama baharu,” katanya, sambil menambah bahawa undang-undang hanya memperuntukkan penukaran nama dan bukan untuk menukar semula kepada nama asal.

Hakim Sequerah turut menyatakan bahawa mahkamah berpandangan terdapat pertimbangan polisi awam yang kukuh, mengapa peruntukan undang-undang hanya membenarkan penukaran nama tetapi tidak membenarkan penukaran semula kepada nama asal.

Penghakiman setebal 28 muka surat bertarikh semalam telah dimuat naik ke laman web kehakiman hari ini.

Lelaki tersebut, yang memeluk Islam pada tahun 2005, telah menukar nama asalnya ketika beragama Hindu kepada nama Islam, selepas memeluk agama itu.

Beliau memaklumkan bahawa pada tahun 2016, beliau telah melakukan perjalanan ke India menggunakan pasport Malaysia yang tertera nama Islamnya, namun telah dinafikan kemasukan ke negara itu.

Lelaki itu mendakwa pihak imigresen India menolak kemasukannya itu atas alasan beliau pernah memasuki India sebelum ini menggunakan nama kelahirannya. Akibatnya, beliau telah dihantar pulang ke Malaysia.

Beliau berkata dia kemudiannya memohon pasport baharu menggunakan nama asalnya, namun permohonan itu ditolak oleh Jabatan Imigresen kerana kad pengenalannya masih menggunakan nama Islam.

Lelaki itu berkata beliau kemudiannya memohon untuk menukar nama dalam kad pengenalannya kepada nama asal, namun permohonan tersebut turut ditolak oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Disember 2021.

Susulan itu, beliau memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Ketua Pengarah JPN dan Kerajaan Malaysia sebagai responden. Beliau memohon perintah mandamus bagi memaksa JPN meminda dan mendaftarkan nama asalnya dalam kad pengenalan.

Beliau berhujah bahawa beliau menghadapi kesukaran kerana dua nama tertera dalam pasport lamanya, iaitu nama asal dan nama Islam, yang menyebabkan kemasukan beliau ke India, ditolak.

Lelaki itu memaklumkan bahawa dia memiliki harta tidak alih di luar negara yang didaftarkan atas nama asalnya, dan situasi itu boleh menimbulkan kekeliruan apabila berurusan dengan pihak berkuasa di negara berkenaan, kerana wujud dua nama berbeza dalam pasport, kad pengenalan dan dokumen lain.

Ketua Pengarah JPN menegaskan bahawa permohonan lelaki itu tidak boleh diluluskan di bawah Peraturan 14(2A) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang tidak membenarkan penukaran semula kepada nama yang telah dilepaskan sebelum ini.

Pada 20 November 2023, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman lelaki itu untuk membatalkan keputusan Ketua Pengarah JPN yang tidak membenarkan penukaran nama kepada nama asal dalam kad pengenalannya.

BH ONLINE – BERNAMA

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric