TEHRAN, Iran – Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh selepas sebuah bas terbalik di selatan Iran, lapor media kerajaan pada Sabtu.
Masoud Abed, ketua organisasi kecemasan wilayah Fars, berkata 34 yang lain cedera dalam kemalangan itu di selatan Shiraz, ibu kota wilayah itu.
Abed berkata, operasi menyelamat sedang dijalankan dan maklumat tambahan serta angka akhir akan diumumkan selepas operasi selesai dan siasatan terperinci dijalankan.
Tambahnya, kejadian berlaku pada 11:05 pagi, dan pasukan penyelamat segera hadir di tempat kejadian.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
AP