Pengurusan kuil di Jalan Masjid India setuju pindah ke tapak baharu

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India, di sini, bersetuju dengan pemindahan kuil berkenaan ke sebuah tapak baharu yang berdekatan lokasi sekarang.

Setiausaha jawatankuasa kuil itu, G Kaarthik, berkata pihaknya mencapai persetujuan itu selepas satu perbincangan diadakan bersama pihak berkuasa berhubung lokasi baharu kuil berkenaan, semalam.

“Kami berterima kasih kepada menteri, wakil rakyat dan pihak berkuasa lain yang membantu mencapai resolusi ini.

“Tapak baharu itu berdekatan dan berada dalam kawasan Jalan Masjid India serta bersesuaian sebagai lokasi alternatif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan memuktamadkan beberapa aspek teknikal pada satu mesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), petang ini, dan satu pengumuman rasmi dijangka menyusul selepas itu.

BH ONLINE-BERNAMA


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook