Polis buru lelaki samun, pukul pekerja kedai serbaneka guna kayu besbol

MELAKA – Pekerja kedai serbaneka di Taman Sin Hoe, Bukit Baru di sini cedera di kepala dipercayai dipukul dengan kayu besbol oleh penyamun, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata kejadian jam 4.40 pagi ketika mangsa berusia 20 tahun bertugas sendirian.

Menurutnya, mangsa memaklumkan ketika kejadian suspek meminta kredit tambah nilai Touch n Go ewallet sebanyak RM50.

“Namun, secara tiba-tiba suspek memegang laci mesin juruwang sehingga berlaku pergelutan dengan mangsa yang cuba menghalang.

“Semasa pergelutan suspek mengeluarkan senjata dipercayai sebatang kayu besbol yang dibalut dengan kain hitam dan memukul sebelum melarikan diri bersama-sama laci mesin juruwang yang mengandungi wang tunai,” katanya.

Mangsa cedera di kanan kepala dan masih dirawat di Hospital Melaka serta dilaporkan stabil.

“Mangsa tidak dapat mengenal pasti muka suspek yang memakai topi keledar dan pelitup muka. Namun disyaki suspek adalah lelaki Melayu berdasarkan percakapan ketika meminta kredit tambah nilai Touch n Go ewallet.

“Selepas kejadian mangsa menghubungi pengurus stor kedai memaklumkan kedai disamun dengan anggaran kerugian kira-kira RM300,” katanya.

Mengulas lanjut, Christopher berkata, siasatan di tempat kejadian pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka menemui tiga kesan cap jari iaitu di permukaan pemegang pintu bahagian luar pintu masuk dan kaunter bayaran.

“Kita juga akan mendapatkan salinan rakaman kamera litar tertutup di kedai berkenaan bagi mengesan suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC135,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular dua video di WhatsApp berdurasi 17 saat dan enam saat memaparkan mangsa sedang menahan kesakitan di kepala dan terdapat kesan darah di lantai selain beberapa barangan jualan turut bertaburan di lantai.

Sementara itu, Christopher berkata, dalam kejadian berasingan sebuah kedai serbaneka di Saujana Puri, Bukit Katil turut dirompak kira-kira jam 4 pagi dan seorang pekerja lelaki berusia 31 turut cedera di pergelangan tangan kiri akibat dipukul oleh suspek dengan besi.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric