Polis siasat ibu bapa Hud Aryan

KOTA BHARU – Polis Kelantan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemui meninggal dunia semalam, kerana dibimbangi terdapat unsur kecuaian.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata beliau sudah mengarahkan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah untuk berbuat demikian.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan semalam mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau kesan jenayah, namun saya arahkan Ketua Polis Daerah untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Ini berdasarkan tular di TikTok yang mengatakan tidak logik untuk kanak-kanak berusia 19 bulan itu boleh sampai ke sungai dalam beberapa minit sahaja.

“Justeru, polis akan merakam keterangan keluarga termasuk kedua ibu bapa mangsa hari ini. Ini kerana kita bimbang ada unsur kecuaian,” katanya pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya setakat ini tidak membuka sebarang kertas siasatan sebaliknya mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Media semalam melaporkan, Hud Aryan ditemui meninggal dunia selepas mayatnya ditemui tersangkut pada pokok di tebing sungai di Kampung Kerila jam 4.15 petang semalam.

Penemuan mayat Hud Aryan kira-kira tiga kilometer (km) daripada lokasi kediaman neneknya dan 45 jam dari tempoh dilaporkan hilang.

BH ONLINE

ad


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

HAERA || KHALSOM Kurung Pahang Shantung Silk with Cute Embroiderys.shopee.com.my/4AlyLM1aJB#haera #Shopee #khalsom #kurung #baju #pahang #silk #shantung #cute #perempuan #wanita #women #raya #idulfitri #eid #Aidilfitri #Syawal #Ramadan

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

s.shopee.com.my/7Kj06qB0M6#bawal #theselamah #tudung #raya #eid #idulfitri #Aidilfitri #wanita #WomenSupportingWomen

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

SCS.MY Iris Hook/Eyelet Mix Langsir Blackout Curtain (170cm-220cm)s.shopee.com.my/3LCrLP6Fmk#Langsir #tirai #curtain #raya #eid #Aidilfitri

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/8zrE5bc2td#lampu #raya #eid #Aidilfitri #idulfitri #lampshades

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

💝READY STOCK💝High heels for women Korean Fashion Girl New versatile French high-heeled sandals chunky sandalss.shopee.com.my/8pXnt6hs5A#women #korean #fashion #girl #new #french #sandals #kasut #wanita #Shopee

See MoreSee Less

View on Facebook