Polis tahan 5 warga China terbabit sindiket penipuan permainan video dalam talian

ISKANDAR PUTERI – Polis menahan lima lelaki warga asing disyaki terbabit dalam sindiket penipuan operasi pusat panggilan permainan video secara dalam talian di Tanjung Kupang, Gelang Patah di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata lima suspek berkenaan ditahan pada kira-kira jam 4.30 petang, 27 Februari lalu, selepas polis menyerbu satu unit apartment yang disewa dengan harga RM1,300 sebulan.

Beliau berkata, mereka yang berusia antara 24 hingga 36 tahun itu dipercayai menipu dalam menjalankan aktiviti permainan video secara dalam talian dengan cara tidak memberikan ‘mata’ yang dibeli pelanggan permainan video mereka.

“Semua suspek ini mengaku menjalankan aktiviti pusat panggilan bagi sindiket penipuan permainan video ‘Good Game (GG) Arcade’ yang mana medium promosi digunakan sindiket itu adalah melalui laman web dan aplikasi Telegram.

“Hasil siasatan awal, mereka menyasarkan pelanggan dari negara Asia Tenggara. Modus operandi sindiket yang sudah aktif sejak Disember 2024 ini adalah meminta pelanggan membuat pendaftaran melalui aplikasi Telegram dan setiap pemain dikenakan sejumlah bayaran bergantung kepada jenis permainan dipilih daripada tujuh jenis permainan yang ditawarkan sindiket.

“Pembayaran dibuat dalam bentuk mata wang kripto, dibayar melalui laman web GG Arcade. Sindiket membuat keuntungan melalui komisen 20 peratus bagi setiap tambah nilai dibuat pemain, selain mengaut semua hasil ‘mata’ yang sepatutnya diterima pemain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini, hari ini.

Kumarasan berkata, pihaknya turut merampas lima komputer riba, sembilan telefon bimbit, satu Wifi Router dan satu kad akses yang semuanya dianggarkan bernilai RM20,000.

Pada masa sama, beliau berkata, semakan mendapati semua suspek itu masuk ke Malaysia pada Disember lalu dan keluar sebelum perayaan Tahun Baharu Cina.

Bagaimanapun, katanya, semua suspek masuk semula ke Malaysia menggunakan visa pada 11 Februari lalu dan mempunyai pasport yang masih sah tamat tempohnya.

“Setiap suspek ini menerima gaji daripada majikan dipercayai di China menggunakan bank dan mata wang China, namun apabila ditukar, gaji diterima mereka mencecah antara RM6,000 hingga RM7,000 setiap seorang.

“Kita masih menyiasat jika ada lagi ‘calling centre’ yang berkait dengan sindiket ini. Kita memerlukan maklumat dan kerja sama orang awam, memandangkan sindiket seumpama ini akan menggunakan premis di kawasan berpagar dan berpengawal.

“Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada sebarang laporan diterima daripada mangsa penipuan sindiket ini,” katanya.

Kumarasan berkata, semua suspek direman hingga Khamis ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

BH ONLINE

ad


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

HAERA || KHALSOM Kurung Pahang Shantung Silk with Cute Embroiderys.shopee.com.my/4AlyLM1aJB#haera #Shopee #khalsom #kurung #baju #pahang #silk #shantung #cute #perempuan #wanita #women #raya #idulfitri #eid #Aidilfitri #Syawal #Ramadan

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

s.shopee.com.my/7Kj06qB0M6#bawal #theselamah #tudung #raya #eid #idulfitri #Aidilfitri #wanita #WomenSupportingWomen

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

SCS.MY Iris Hook/Eyelet Mix Langsir Blackout Curtain (170cm-220cm)s.shopee.com.my/3LCrLP6Fmk#Langsir #tirai #curtain #raya #eid #Aidilfitri

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/8zrE5bc2td#lampu #raya #eid #Aidilfitri #idulfitri #lampshades

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

💝READY STOCK💝High heels for women Korean Fashion Girl New versatile French high-heeled sandals chunky sandalss.shopee.com.my/8pXnt6hs5A#women #korean #fashion #girl #new #french #sandals #kasut #wanita #Shopee

See MoreSee Less

View on Facebook