MOSCOW – Sebuah dron Ukraine ditembak jatuh di wilayah Smolensk Rusia semasa percubaan serangan ke atas kemudahan tenaga nuklear, kata gabenor wilayah Vasily Anokhin pada Rabu.
Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan, kata Anokhin di saluran Telegram.
Beberapa tapak awam di kawasan itu telah mengalami serangan dron berskala besar, katanya, sambil menambah bahawa salah satu dron itu telah dijatuhkan semasa percubaan untuk menyerang kemudahan tenaga nuklear.
XINHUA