Samseng guna kunci stereng kereta pukul dua lelaki ditahan

PUTRAJAYA — Polis menahan seorang pelajar institut pengajian swasta (IPTS) gara-gara memukul dua individu menggunakan kunci stereng kereta di jalan raya Pekan Dengkil, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Shan Gopal Karpal berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan selepas salah seorang mangsa membuat laporan polis pada jam 12.17 tengahari.

Menurutnya, mangsa memaklumkan kejadian berlaku pada jam 11.50 pagi dan suspek memukul mereka menggunakan kunci stereng kereta sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan di kepala dan tangan.

Katanya, motif kejadian kerana suspek tidak berpuashati dengan dua mangsa ketika memandu di jalan raya di kawasan Air Itam menuju ke Pekan Dengkil.

“Polis turut merampas satu kunci stereng yang digunakan sebagai senjata bagi mencederakan kedua-dua mangsa,” katanya melalui kenyataan.

Sebelum itu, kejadian itu turut dirakam orang awam dan tular di media sosial.

Shan Gopal berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi serta berkongsi berita tidak benar berhubung kejadian itu,” katanya.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0
bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR