LA PAZ – Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan 19 lagi cedera selepas sebuah van dan bas penumpang berlanggar di jalan raya menghubungkan jabatan Bolivia di Oruro dan Potosi pada Isnin, kata polis tempatan.
Limbert Choque, jurucakap Perintah Polis Jabatan memberitahu pemberita, bas itu, yang membawa lebih 50 penumpang, menuju dari Oruro ke Potosi, manakala van itu dalam perjalanan ke arah bertentangan.
Ini adalah kemalangan berskala besar kedua direkodkan semasa hari karnival ini di kawasan tanah tinggi Bolivia. Perlanggaran secara langsung antara dua bas antara wilayah di jalan yang sama menyebabkan 37 maut dan 39 cedera pada 1 Mac.
Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di Bolivia telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 120 orang setakat tahun ini, menurut data polis.
XINHUA