Suami isteri warga emas disyaki langgar lari pemandu lori ditahan

KAJANG – Suami isteri warga emas ditahan polis selepas disyaki melanggar lari seorang pemandu lori di Bandar Teknologi Kajang di sini, Jumaat lalu.

Pasangan itu yang masing-masing berusia 73 dan 65 tahun ditahan pada 11.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada wanita berusia 63 tahun yang juga ibu mangsa pada jam 4.54 petang semalam.

“Berdasarkan laporan, pengadu mendakwa anak lelakinya berusia 42 tahun dilanggar sebuah kenderaan sehingga menyebabkan mangsa cedera dan tidak boleh bergerak.

“Pengadu kemudian terus ke lokasi kejadian di kawasan berhampiran Bandar Teknologi Kajang dan membawa anak lelakinya ke hospital bagi rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bertindak atas laporan, beliau berkata, sepasukan polis menjalankan siasatan mendapati terdapat satu rakaman video papan pemuka kenderaan awam yang merakam kejadian berkenaan.

Naazron berkata, rakaman memaparkan sebuah kenderaan dengan sengaja melanggar mangsa yang turun dari lori dipandunya sehingga diseret ke tengah pembahagi jalan sebelum kenderaan suspek beredar.

“Polis kemudian mengesan dan menahan suami isteri warga tempatan untuk membantu siasatan dan mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Hizwan Hamzah di talian 019-6369835 atau mana-mana balai polis berdekatan, bagi membantu siasatan.

BH ONLINE

ad


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

HAERA || KHALSOM Kurung Pahang Shantung Silk with Cute Embroiderys.shopee.com.my/4AlyLM1aJB#haera #Shopee #khalsom #kurung #baju #pahang #silk #shantung #cute #perempuan #wanita #women #raya #idulfitri #eid #Aidilfitri #Syawal #Ramadan

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

s.shopee.com.my/7Kj06qB0M6#bawal #theselamah #tudung #raya #eid #idulfitri #Aidilfitri #wanita #WomenSupportingWomen

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

SCS.MY Iris Hook/Eyelet Mix Langsir Blackout Curtain (170cm-220cm)s.shopee.com.my/3LCrLP6Fmk#Langsir #tirai #curtain #raya #eid #Aidilfitri

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/8zrE5bc2td#lampu #raya #eid #Aidilfitri #idulfitri #lampshades

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

💝READY STOCK💝High heels for women Korean Fashion Girl New versatile French high-heeled sandals chunky sandalss.shopee.com.my/8pXnt6hs5A#women #korean #fashion #girl #new #french #sandals #kasut #wanita #Shopee

See MoreSee Less

View on Facebook