JERUSALEM, 14 Jun – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata dalam satu kenyataan pada Sabtu, ia telah membunuh lebih 20 komander tentera Iran sejak ia melancarkan operasi ke atas Iran awal Jumaat.
IDF menyatakan dalam serangan pembukaan operasi itu, jet pejuang Israel, dipandu oleh perisikan, membunuh Gholam-Reza Marhabi, ketua Direktorat Perisikan tentera Iran, dan Ketua Staf Angkatan Tentera Iran Mohammad Bagheri.
“Marhabi memainkan peranan penting dalam penilaian perisikan, perancangan operasi, dan persiapan memerangi Israel,” kata kenyataan itu.
Menurut IDF, Bagheri menyelia sebahagian besar keupayaan peluru berpandu permukaan-ke-permukaan jarak jauh Iran yang berfungsi sebagai alat serangan utama Iran terhadap Israel.
Dia menguruskan sistem kuasa tembakan Iran dan memainkan peranan aktif dalam proses membuat keputusan di sebalik serangan Iran ke atas Israel pada April dan Oktober 2024, tambahnya.
Dia dibunuh bersama komander tentera udara Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, Amir Ali Hajizadeh, dan beberapa komander kanan lain di ibu pejabat bawah tanah di Tehran.
XINHUA