
ISTANBUL – Tentera Laut Iran memintas kapal pemusnah Britain di utara Lautan Hindi yang bertujuan membantu membimbing peluru berpandu Israel ke arah wilayah Iran, lapor agensi berita IRNA pada Sabtu.
Menurut kenyataan pejabat perhubungan awam Zon Tentera Laut Pertama, pemusnah itu dikesan oleh sistem perisikan Iran pada malam Jumaat dan diberi amaran oleh dron tempur sebelum ia boleh mara ke arah Teluk Parsi.
Kapal itu dikatakan terpaksa menukar haluan selepas dikesan di Laut Oman.
Israel melancarkan beberapa siri serangan terhadap wilayah Iran, menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu awal Jumaat, membunuh tokoh tentera dan saintis kanan.
ANADOLU