ACCRA, 29 Mac – Tiga warga China hilang dari perairan Ghana dan dipercayai diculik selepas “disyaki serangan lanun” pada Khamis ke atas kapal nelayan mereka yang berdaftar di Ghana, kata tentera negara Afrika Barat itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tujuh orang bersenjata menaiki kapal dan melepaskan tembakan amaran sejurus sebelum jam 6 petang (1800 GMT) pada Khamis, kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa mereka tinggal di kapal selama kira-kira tiga jam manakala bebera kru bersembunyi.
Selepas lanun yang disyaki pergi dan kru keluar dari persembunyian, mereka mendapati kapten kapal, ketua kru dan ketua jurutera hilang, menurut angkatan tentera.
Kapal itu, MENGXIN 1, kini berlabuh di Tema Fishing Harbour, kata kenyataan itu.
Ia berkata tentera laut Ghana sedang menyiasat “serangan lanun yang disyaki”.
Kedutaan China di Accra enggan mengulas.
REUTERS