Trump berkata Microsoft sedang bincang untuk dapatkan TikTok

Presiden AS Donald Trump memberitahu pemberita pada Isnin, Microsoft sedang berbincang untuk memperoleh TikTok dan dia ingin melihat perang bidaan ke atas aplikasi itu.

Microsoft dan TikTok tidak segera memberi respons terhadap permintaan Reuters untuk komen di luar waktu perniagaan biasa.

Trump sebelum ini berkata dia sedang berbincang dengan beberapa pihak mengenai pembelian TikTok dan menjangkakan untuk membuat keputusan mengenai masa depan aplikasi itu dalam tempoh 30 hari akan datang.

Aplikasi itu, yang mempunyai kira-kira 170 juta pengguna Amerika, telah dibawa ke luar talian sebentar sebelum undang-undang yang menghendaki ByteDance sama ada menjualnya atas alasan keselamatan negara atau menghadapi larangan berkuat kuasa pada 19 Januari.

Trump, selepas memegang jawatan pada 20 Januari, menandatangani perintah eksekutif yang bertujuan untuk menangguhkan 75 hari penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan selepas pegawai AS memberi amaran bahawa terdapat risiko data rakyat Amerika disalahgunakan di bawah ByteDance.

AN-REUTERS