
DOHA – Turkiye boleh menerima sesetengah tahanan Palestin yang dibebaskan oleh Israel di bawah syarat perjanjian gencatan senjata dengan Hamas, kata Menteri Luar Hakan Fidan semasa lawatan ke Qatar pada Ahad.
“Presiden kami telah mengisytiharkan bahawa kami bersedia untuk menerima sesetengah orang Palestin yang telah dibebaskan…dalam usaha menyokong perjanjian itu. Turkiye, bersama-sama negara lain, akan memainkan peranannya dalam hal ini supaya perjanjian gencatan senjata boleh terus berkuat kuasa,” katanya pada sidang media di Doha.
AN-AFP