1 maut, 11 cedera dalam kejadian disyaki bakar apartmen di ibu negara Korea Selatan

SEOUL – Seorang maut dan 11 lagi cedera pada pagi Isnin dalam apa yang didakwa sebagai pembakaran pangsapuri di ibu negara Korea Selatan, Seoul, kata agensi berita Yonhap, memetik pihak berkuasa bomba.

Kebakaran berlaku kira-kira 8:17 pagi waktu tempatan (2317 GMT Ahad) di sebuah bangunan pangsapuri 21 tingkat. Api dipadamkan satu setengah jam kemudian.

Seorang ditemui mati, dan dua orang dibawa ke hospital selepas terjatuh dari apartmen. Sembilan yang lain mengalami kecederaan ringan seperti terhidu asap dan kesukaran bernafas.

Polis mengesyaki seorang lelaki memulakan kebakaran dengan sengaja, dan sedang menjejaki suspek yang membakar, menurut Yonhap.

XINHUA


Facebook Posts