KAHERAH — Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin dalam khemah melindungi keluarga kehilangan tempat tinggal di selatan Semenanjung Gaza awal Khamis, kata medik.
10 orang itu, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh di sebuah khemah di Al-Mawasi, yang ditetapkan sebagai kawasan kemanusiaan di barat Khan Younis, menurut medik.
Lima belas orang turut cedera, kata medik. Tentera Israel tidak segera mengulas.
Israel telah membunuh lebih 45,500 rakyat Palestin dalam perang di Gaza, menurut pegawai kesihatan di enklaf itu yang dikendalikan Hamas. Sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal dan sebahagian besar jalur pantai kecil itu musnah.
AN-AFP